Tuesday, March 31, 2009

APRIL FOOL @ WE FOOL

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Thursday, March 26, 2009

History of Textile Printing



The first textile printing works in Great Britain are said to have been begun towards the end of the 17th century by a Frenchman on the banks of the Thames near Richmond, and soon afterwards a more considerable factory was established at Bromley Hall in Essex; In almost every place in Europe where it was taken up and followed, it was met by local and national prohibitions or trade protective regulations and acts, which, however, were gradually overcome.

TANTRUM....apa yang perlu anda tahu?

Senario Anak
"Afiq menangis, menjerit-jerit dan berguling-guling di lantai kerana inginkan permainan power ranger yang dia lihat di sebuah supermarket di Carrefour. Ibunya sudah berusaha memujuk Afiq dan mengatakan bahawa sudah banyak permainan di rumahnya. Namun Afiq masih berdegil dan terus-terusan menangis. Ibunya menjadi serba salah, malu dan tidak berdaya menghadapi kerenah anaknya. Ibunya tidak ingin membelikan permainan tersebut kerana masih ada permainan lain yang terdapat di rumahnya. Jika tidak dibelikan maka ia kuatir Afiq akan menjerit-jerit dan menangis berterusan, sehingga menarik perhatian semua orang dan orang akan menyangka dirinya adalah ibu yang kejam. Ibunya menjadi bingung, yang akhirnya mendorong siibu membeli permainan yang diinginkan Afiq." Bijakkah tindakan si Ibu?

Apakah Tantrum ?
Senario diatas merupakan suatu kejadian yang disebut sebagai "Temper Tantrum" atau suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut: 1) Kanak-kanak tidak cukup tidur. 2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur. 3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali. 4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan. 5) Emosi tidak tenteram (sering negatif). 6) Mudah marah dan mudah menangis. 7) Sulit dialihkan perhatiannya. Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku.
Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:
Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis ·Menggigit ·Memukul ·Menendang ·Menjerit ·Memekik-mekik ·Menghempaskan badan ke lantai ·Memukul-mukulkan tangannya ·Menahan nafas ·Menghentakkan kepala ·Melemparkan barang ·Menyangkung ·Memeluk tubuhnya Usia 3-4 tahun ·Perilaku tersebut diatas ·Menghentakkan kaki ·Berteriak ·Meninju ·Membantingkan pintu ·Mengkritik ·Merengek

Usia 5 tahun keatas ·
Perilaku-perilaku tersebut diatas ·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya ·Menyumpah ·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya ·Mengkritik diri sendiri ·Memecahkan barang dengan sengaja ·Mengancam ·Merungut ·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut: 1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya. 2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum. 3) Pergerakan yang Terhad Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya diperbolehkan. 4)Asuhan Ibubapa 1. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan. 2. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum. 3. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak. 5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit. 6) Anak sedang stress Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure). 7) Trauma @ Fobia Anak disiksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

BAGAIMANA UNTUK ATASI TANTRUM ANAK ?
Dalam buku "Tantrums Secret To Calming The Storm" oleh La Forge, majoriti berpendapat bahawa tantrum adalah suatu perilaku yang masih tergolong normal yang merupakan sebahagian dari proses perkembangan atau tumbesaran kanak-kanak, suatu tempoh transformasi dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal sianak. Sebagai bahagian dari proses perkembangan, episod tantrum pasti berakhir. Beberapa hal positif yang biasa dilihat dari perilaku tantrum adalah bahawa dengan tantrum anak ingin menunjukkan sikap independensinya, ekspresikan individualitasinya, mengemukakan pendapatnya, mengeluarkan rasa marah dan frustasi untuk menyampaikan maksud agar orang dewasa mengerti dengan sikap negatif mereka. Namun bukan bermakna bahawa tantrum harus digalakkan dan disemangati (encourage). Jika ibubapa membiarkan Tantrum berkuasa (dengan memperbolehkan anak mendapatkan apa yang dihajati setelah ia Tantrum, seperti ilustrasi di atas), maka bererti ibubapa sudah menyetujui dan memberi peluang pada anak untuk bertindak kasar dan agresif (walhal sepatutnya ibubapa tidak harus menyetujui kehendak anak). Ibubapa harus membantah dengan tegas dan memberi penjelasan secara logikal pada anak. Dengan bertindak tegas dalam menangkis Tantrum, ibubapa juga berkesempatan untuk mengajar atau mendidik anak tentang bagaimana caranya beraksi terhadap emosi-emosi yang normal (marah, frustrasi, takut, jengkel, dll) secara wajar dan bagaimana bertindak dengan cara yang tepat sehingga tidak menyakiti diri sendiri dan orang lain ketika sedang merasakan emosi tersebut. Inilah yang dikategorikan sebagai intelligent emotion yakni pamerkan emosi dengan kaedah yang positif. Kaedah terbaik menangani tantrum anak; ·Mencegah terjadinya tantrum ·Menangani anak yang sedang mengalami tantrum ·Menangani anak pasca tantrum Pencegahan Tindakan susulan untuk mencegah terjadinya Tantrum adalah dengan mengenali kebiasaan-kebiasaan sianak dan mengetahui secara pasti pada kondisi-kondisi seperti apa muncul Tantrum pada si anak. Misalnya, kalau orangtua tahu bahwa anaknya merupakan anak yang hyper-aktif dan kalian berada didalam kereta terlalu lama perjalanannya, ini sebenarnya akan menimbulkan stress pada anak dan dia mula menunjukkan tantrum. Untuk elakkan sianak Tantrum, ibubapa perlu mengatur perjalanan dengan beristirehat di jalan atau di kedai makan untuk memberikan waktu bagi sianak berlari-lari di luar. Tantrum juga dapat dikesan kerana stres akibat tugas-tugas sekolah yang harus sianak laksanakan. Dalam hal ini, mendampingi anak pada saat ia mengerjakan tugas-tugas dari sekolah (bukan membuatkan tugas-tugasnya) dan mengajarkan hal-hal yang dianggap sulit, akan membantu mengurangi stres pada anak kerana beban sekolah tersebut. Mendampingi anak bukan sahaja terbatas pada tugas-tugas sekolah, tetapi juga pada permainan-permainan, sebaiknya anak pun didampingioleh ibubapa senantiasa, sehingga ketika ia mengalami kesulitan ibubapa dapat membantu dengan memberikan petunjuk. Langkah kedua adalah teknik keibubapaan mengasuh anaknya. Apakah anak terlalu dimanjakan? Apakah ibubapa bertindak terlalu melindungi (over protective), dan terlalu suka melarang? Apakah kedua ibubapa selalu seia-sekata dalam mengasuh anak? Apakah ibubapa menunjukkan konsistensi dalam perkataan dan perbuatan? Jika anda merasa terlalu memanjakan anak, terlalu melindungi dan seringkali melarang anak untuk melakukan aktiviti yang sebenarnya sangat dibutuhkan anak, jangan baran jika anak akan mudah tantrum jika kemahuannya tidak dituruti. Konsistensi dan kesamaan persepsi dalam mengasuh anak juga sangat penting. Jika tiada sepakat, ibubapa sebaiknya jangan berdebat dan beragumentasi antara satu sama lain di depan anak, agar tidak menimbulkan kebingungan dan rasa tidak aman pada anak. Ibubapa hendaknya menjaga agar anak selalu melihat bahwa ibubapanya selalu sepakat dan rukun damai. Ketika Tantrum Terjadi Jika tantrum terjadi dan ibubapa tidak dapat mengawal situasi, maka beberapa langkah patut diambil; Memastikan situasi sekeliling – Sekiranya sianak tantrum didepan orang awam, bawa anak ke satu sudut yang jauh dari penglihatan awam dan biarkan sianak melempiaskan emosinya disitu untuk seketika. Ketika sianak tantrum, jauhkan darinya benda-benda yang boleh dia capai (barang merbahaya) untuk elakkan dia dari tercedera atau orang lain. Ibubapa harus bersabar (berkeadaan tenang) – Jaga emosi, mulut dan tangan. Jangan sampai memukul dan berteriak-teriak marah pada anak. Endahkan (ignore) ketika sianak tantrum – Ketika sianak tantrum, sebaiknya ibubapa jangan memujuk, bercakap, memberi nasihat, berargumen dan seumpamanya yang bertujuan mengambil hati sianak. Kerana ketika tantrum, perasaan amarah menguasai dirinya dan dia tidak akan mendengar kata-kata nasihat dari ibubapanya. Jalan terbaik ialah membiarkan sianak untuk seketika, biar dia lepaskan kemarahan itu. Tantrum akan cepat berakhir sekiranya ibubapa tidak campurtangan dengan memujuk atau paksaan atau kemarahan. Jika sianak masih lagi tantrum – Ibubapa hendaklah memeluk sianak dengan dakapan kasih sayang. Akan tetapi ada ibubapa yang malu dengan kerenah anaknya yang sedang tantrum. Maka moleknya ibubapa hendaklah berada tidak jauh dari sianak dan bercakap dengan sianak yang menunjukkan anda sayang padanya. Dengan kaedah itu, sianak berasa aman dan tahu bahawa ibubapanya ada dan tidak menolak sikap negatifnya. Ketika Sianak Kembali Tenang Saat Tantrum sianak sudah reda, seberapapun parahnya ledakan emosi yang telah terjadi tersebut, janganlah diikuti dengan hukuman, nasihat-nasihat, teguran, maupun sindiran. Juga jangan diberikan hadiah apapun, dan anak tetap tidak boleh mendapatkan apa yang diinginkan (jika Tantrum terjadi kerana menginginkan sesuatu). Dengan tetap tidak memberikan apa yang diinginkan si anak, ibubapa akan dapat melihat konsistensi dan anak akan belajar bahwa ia tidak bisa memanipulasi ibubapanya. Ingat, ibubapa hendaklah mendidik anak dengan mengajak anak mendengar (nasihat) kata kita bukan mendengar katanya. Jika sejak mula sudah terbiasa mengikut katanya, inilah kesan sampingan sika-sikap negatif yang akan terdapat pada diri sianak. Berikanlah belaian kasih sayang dan rasa aman Anda kepada anak. Ajak anak, membaca buku atau bermain bersama. Tunjukkan kepada anak, sekalipun ia telah berbuat salah, sebagai ibubapa Anda tetap mengasihinya. Setelah Tantrum berakhir, orangtua perlu mengevaluasi (selidiki kembali) mengapa sampai terjadi Tantrum. Apakah benar-benar anak yang berbuat salah atau ibubapa yang salah merespon perbuatan/keinginan anak? Atau karena anak merasa frustrasi, lapar, atau sakit? Fikir secara positif dan ini perlu, agar ibubapa bisa mencegah Tantrum berikutnya. Jika anak yang dianggap salah, ibubapa perlu berfikir untuk mengajarkan kepada anak nilai-nilai atau cara-cara baru agar anak tidak mengulangi kesalahannya. Kalau memang ingin mengajar dan memberi nasihat, jangan dilakukan setelah Tantrum berakhir, tapi lakukanlah ketika keadaan sedang tenang dan nyaman bagi ibubapa dan anak. Waktu yang tenang dan nyaman adalah ketika Tantrum belum dimulai, bahkan ketika tidak ada tanda-tanda akan terjadi Tantrum. Saat ibubapa dan anak sedang gembira, tidak merasa frustrasi, lelah dan lapar merupakan saat yang ideal. Dari uraian diatas dapat terlihat bahwa kalau ibubapa memiliki anak yang "sulit" dan mudah menjadi Tantrum, tentu tidak adil jika dikatakan sepenuhnya kesalahan ibubapa. Kebiasaann yang kita dengar orang tua berkata, macam mana perangai ibubapanya maka itulah yang menurun ke anak Namun harus diakui bahwa ibubapalah yang punya peranan untuk membimbing anak dalam mengatur emosinya dan mempermudah kehidupan anak agar Tantrum tidak terus-menerus meletup. Beberapa saran diatas mungkin dapat berguna bagi anda terutama bagi para ibu/bapa muda yang belum memiliki pengalaman mengasuh anak.

Tuesday, March 24, 2009

Cream Puff

Bahan:


1/4 liter Air sejuk
125g Tepung gandum

secubit Garam
10g Mentega
3biji Telur
1/2 camt Gula kastor


Cara membuat:
1. Air, mentega dan gula dimasak hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masukkan tepung dan dikacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
3. Keluarkan adunan dari periuk, masukkan ke dalam bekas yang lain dan sejukkan selama 15 minit.
4. Masukkan telur satu per satu, pukul sehingga sebati dan adunan kelihatan agak berkilat.
Kegunaan :
krim puff, chocolate eclairs

Donut


Bahan:


100g Tepung gandum berprotein tinggi
200g Tepung gandum segera
1/2 paket Yis segera/mauripan
150 ml Air
1 cams Gula halus
1/3 camk Baking powder
1/3 camk Garam
1 cams Lelemak
2 biji Telur
S1 cams susu tepung skim
1/3 camk Pembaik roti
1/3 camk Pelembut roti


Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan, gaul rata dan masukkan telur. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan lelemak dan gaul rata. Keluarkan doh dari mesin penggaul dan rehatkan selama 5 minit.
3. Canaikan doh setebal 1.5 cm.
4. Bentukkan dengan acuan donat, atur di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Perap doh di dalam proofer
5. Goreng doh yang sudah cukup proof pada suhu 175˚C - 185˚C sehingga kekuningan.
6. Sejukkan dan salut dengan kombinasi gula halus dan gula konfeksioneri.

Makaroni Bakar

Bahan:


100 g makaroni
60 g daging kisar
3 hiris halia
5 biji telur
1 camb marjerin
100 g cendawan butang
50 g sayuran campur beku
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 camb serbuk kari
100 ml susu UHT
50 g keju parut
garam/gula secukup rasa


Cara membuat:
1. Rebus makaroni, toskan dan gaul dengan marjerin.
2. Tumis bawang, serbuk kari, sayur campur, cendawan butang.
3. Sediakan bancuhan telur dan susu.
4. Tuang ke dalam mangkuk - makaroni, bancuhan, dan tumisan tadi.
5. Masukkan gula/garam secukup rasa.
6. Taburkan keju sebelum dibakar pada suhu 160 C selama 20-30 minit.

Monday, March 23, 2009

Resepi Pizza


Bahan kulit:


1 kg tepung gandum

1 paket yis segera (mauripan)

5 sudu susu tepung

5 sudu gula (secukup rasa)

1 sudu garam

3 1/4 cawan minyak masak(minyak jagung pun ok)

1 1/2 mug air suam


Bahan isi:

terpulang pada kegemaran masing2

Mozarella cheese (parut)


Cara membuat:

1. Masukkan yis, susu tepung, gula, garam ke dalam air suam.

2. Masukkan minyak ke dalam bancuhan tadi dan kacau.

3. Masukkan tepung secara sedikit2 sehingga pekat.

4. Biar doh selama 20 minit.

5. Canai di dalam dulang pembakar dan boleh lah masukkan bahan isi.

6. Tabur cheese dan bakar sehingga kekuning-kuningan.

Jenis Sayur-sayuran


1. SAYUR-SAYURAN JENIS DAUN
Bahagian yang boleh dimakan ialah bahagian daunnya.
Membekalkan nutrien seperti:
vitamin
garam nineral
pelawas.





2. SAYUR-SAYURAN JENIS BUAH
Bahagian yang boleh dimakan ilah buah yang berisi.
Membekalkan garam mineral dan vitamin.
Buah yang berwarna kemerah-merahan kaya dengan vitamin A




3. SAYURAN-SAYURAN JENIS AKAR
Bahagian yang boleh dimakan ialah akarnya yang membesar dan berisi.
Mengandungi karbohidrat dan vitamin yang tinggi.





4. SAYUR-SAYURAN JENIS KEKACANG
Sayuran jenis kekacang membekalkan protein.
Boleh menggantikan daging bagi orang yang vegiterian.

FUNGSI SAYUR-SAYURAN DALAM DIET MAKANAN
Sebahagian diet manusia adalah daripada sumber sayur-sayuran yang diperolehi dalam bentuk segar.
Sayur-sayuran dapat dimakan secara mentah atau dimasak.
Sayur-sayuran mengandungi serat yang membantu sistem penghadaman.
Serat larut air yang terkandung dalam sayur-sayuran membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah.

Pau


Bahan:


300 g Tepung pau/gandum
1/2 paket yis segera/mauripan
200 ml Air suam
1 cams Gula halus
1 camt Baking powder
1/2 Garam
1 cams Softening/lelemak/spry/crisco


Cara membuat:

1. Campurkan semua bahan dan adun dengan dough mixer.
2. Proof hingga 2 x naik.
3. Tumbukkan, uli buat satu rol panjang
4. Bentukkan doh dan isikan inti. Letakkan kertas tracing di bawahnya
5. Kukus selama 5 minit dan tudung kukusan dengan kain belacu.

Kastard Karamel

Bahan karamel
90 g gula pasir
2 camb air

Bahan kastard
3 biji telur
250 ml susu
60 g gula halus
esen vanilla

Cara membuat:

1. Buat caramel dan curah dalam mangkuk kastard.
2. Bakar 160˚C selama 20 minit atau
3. Kukus 7 minit
4. Bakar atau kukus. Tutup dengan tracing paper. Bakar dengan cara ‘water bath’.



Jahitan Tampal Cantum



Cantuman beberapa kepingan fabrik yang sama warna / berlainan warna, corak, bentuk & saiz untuk menghasilkan corak yang menarik.
Dikenali juga sebagai patchwork dan quilt.
Kedua-dua kraftangan ini boleh menyokong antara satu sama lain untuk menghasilkan satu seni jahitan yang menarik dan menawan.

Patchwork
adalah proses menjahit secara mencantum bersama carikan fabrik, perca fabrik atau fabrik yang telah dibentuk sama ada blok atau apa-apa bentuk pun untuk dijadikan satu design atau corak.
Quilt
merangkumi tiga atau dua lapisan fabrik iaitu, lapisan atas biasanya ialah patchwork, di tengah atau lapisan kedua ialah isian dikenali sebagai batting dan lapisan ketiga ialah sekeping fabrik.

Istilah Yang Lazim Digunakan Dalam Jahitan Quilt
Applique
Setting squares
Sashing
Border

Faktor Perancangan Menu

1. JENIS HIDANGAN
Berasaskan sajian majlis formal atau tidak formal.
2. KEGEMARAN
Setiap individu mempunyai kegemaran masing-masing.
3 PERBELANJAAN
Mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran.
4. SUMBER MAKANAN SEMASA
Bahan yang digunakan pada musimnya adalah lebih segar dan murah.
5. KEMUDAHAN FIZIKAL
Alatan memasak yang lengkap membolehkan makanan dihidang dengan cepat dan sempurna.
6. SUMBER TENAGA & MASA
Memudah dan mempercepatkan penyediaan makanan.
7. KEPELBAGAIAN
Menu yang dirancang perlu mempunyai variasi dari segi kaedah memasak, tekstur, rasa, warna dan jenis bahan makanan.
8.KEPERLUAN
Pilihan menu perlulah membekalkan diet yang seimbang.

PERANCANGAN MENU

DEFINISI

Menu ialah satu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian.
Perancangan menu ialah kaedah merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat.

TUJUAN MERANCANG MENU
Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan.
Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan.
Menyediakan sajian yang menarik, berkhasiat, menyelerakan dan digemari.
Mengikut anggaran perbelanjaan yang ditetapkan.

Diet Seimbang

Diet Seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul.
Nutrien yang diperlukan oleh tubuh ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral.

FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI DIET SEIMBANG

1. UMUR
Bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua.
2. KESIHATAN
Pesakit memerlukan diet tertentu berbanding dengan orang yang sihat.
3. AKTIVITI
Remaja aktif memerlukan lebih kalori daripada remaja yang pasif.
4. SAIZ TUBUH
Saiz tubuh yang besar memerlukan diet yang berbeza daripada saiz tubuh yang kecil.
5. JANTINA
Lelaki memerlukan lebih kalori daripada perempuan kerana mereka lebih aktif.

Diet seimbang diamalkan dengan melebihkan pengambilan makanan berserat dan mengurangkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.

Mee Rebus ala Penang Style


Bahan Kuah:

200 g tulang

100 g daging dijadikan stok

3 biji bawang besar dikisar

2 biji bawang putih dikisar

50 g udang kering dikisar

7 biji cili kering dikisar

1 biji keledek direbus dan dilecek

2 biji kentang direbus dan dilecek

2 biji tomata dibuat concasee

100 g fishball/fishcake

1 sudu besar oyster sos

50 g udang hidup

1 sudu besar sos cili

garam/gula secukup rasa

1 camca besar minyak masak


Bahan Mee:

500 g mee kuning dicelur

2 biji telur direbus

150 g taugeh dicelur

sawi dicelur

daun bawang/ daun sup


Bahan sampingan:

Cili api potong ditambah kicap dan air limau nipis

Bawang goreng


Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan2 yang dikisar tadi.

2. Masukkan stok tulang & daging dan tomato concassee serta bahan2 lain.

3. Pekatkan kuah dengan keledek & kentang yang dilecek.

4. Masukkan oyster sos, sos cili, gula/garam secukup rasa.

5. Hidang berasingan dengan bahan mee dan bahan sampingan...pasti mengancam!


Sunday, March 22, 2009

Resepi Talam & Kuih Lapis

KUIH LAPIS JAGUNG

Bahan A:
4 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh garam

Bahan B:
1/2 cawan jagung - dikisar
1/2 cawan air - dikisar

Bahan C:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan serbuk koko - dibancuh & ditapis

Cara membuat:
1. Satukan bahan A hingga sebati. Tapiskan, bahagikan adunan kepada dua.
2. Masukkan bahan B dalam adunan pertama dan bahan C dalam adunan ke-2.
3. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
4. Bubuh satu senduk adunan koko dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
5. Kemudian tuangkan pula satu senduk adunan jagung di atas adunan koko tadi. Kukus semula selama 5 minit.
6. Lapiskan dan kuku adunan koko dan jagung berselang seli warna seperti proses di atas sehingga kedua adunan habid.
7. Sejukkan kuih ini sebelum dipotong.